Wednesday, June 16, 2010

Tonggeng Terbalik???




"Hang smayang la tonggeng terbalik pun kalau hati tak ikhlas takdak guna hang smayang"


"Smayang tak ingat...tonggeng terbalik.. tapi mengurat bini orang... alim apa mcm nie!!"


"Tuan2 dan Puan2, Rasulullah SAW tu kan dah maksum, takde dosa, tapi pernah tak kita terfikir kenapa baginda tetap juga solat siang malam tonggeng terbalik juga?? kenapa? Sbb nak tunjukkan rasa syukur baginda pada ALLAH......""


"Biarlah kita sembahyang tonggeng terbalik tetapi sekali kita bermain sihir, batallah akidah kita. Nauzubillahh."


"alaa sia2 jer korang semayang tonggeng terbalik pun kalau tak study fail jugak exam korang"



Mungkin yg dikatakan tonggeng terbalik itu ialah perbuatan rukuk dan sujud dalam solat. Saya secara peribadi sgt tidak setuju menyamakan perbuatan2 dlm solat sbg tonggeng terbalik. Solat adalah ibadah, maka setiap perbuatan dalam solat adalah bernilai ibadah dan tak sepatutnya digunakan perkataan yg mengandungi unsur2 persendaan/perli/penghinaan!! Mungkin selama ini kita tidak berniat mempersenda, cuma terlepas pandang...Berhati-hatilah dlm setiap ucapan. Semoga ALLAH mengampuni dosa2 kita.



"Hang smayang la siang-malam pun kalau hati tak ikhlas takdak guna hang smayang"


"Smayang tak ingat...punyalah rajin.. tapi mengurat bini orang... alim apa mcm nie!!"


"Tuan2 dan Puan2, Rasulullah SAW tu kan dah maksum, takde dosa, tapi pernah tak kita terfikir kenapa baginda tetap juga solat siang malam bersungguh-sungguh juga?? kenapa? Sbb nak tunjukkan rasa syukur baginda pada ALLAH......""


"Biarlah kita sembahyang sekerap mana pun tetapi sekali kita bermain sihir, batallah akidah kita. Nauzubillahh."


"alaa sia2 jer korang semayang mintak doa pun kalau tak study fail jugak exam korang"


Haaa...kan ke molek sikit bahasanyer.... mcm tu lah.... tapi ayat yg terakhir tu kena hati2 yer...kerana boleh membawa syirik khafi, syirik tanpa sedar... apa kata ubah skit,

"bagus betul korang semayang mintak doa, tp jgn lupa study tau.....doa, usaha, tawakkal...tak gitu? he..he.."


No comments:

Post a Comment