Thursday, June 17, 2010

Larangan Menyusu Badan???

"Dan para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun
penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya" [Al-Baqarah : 233]

Mungkin ayat di atas menjadi dalil bagi sebahagian dari kita dlm mengatakan HARAM menyusukan anak selepas anak itu mencapai usia 2 tahun. Benarkah demikian???

Kajian sains terkini membuktikan bahawa lebih lama anak anda diberi susu badan, lebih tinggi keyakinan diri anak tersebut. Juga makin kuat antibodi, tinggi IQ dll.. Selain itu, anak anda akan mula berjalan & bercakap lebil awal, mempunyai kemahiran bersosial yg baik, mempunyai pembesaran & rahang gigi yg lebih baik juga lebih sihat & ceria. Bukan saja untuk anak, malah si ibu pun turut dapat manfaatnya.

hmm...berbalik pada topik asal....

"Dan para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun
penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya" [Al-Baqarah : 233]

Dalam ayat ni tak de pun disebut diHARAMkan or diLARANG or diHADkan anak menyusu badan setakat umur 2 tahun jer...acu baco 'molek gak!

Fahamkan betul2.... jangan nanti org kafir kata, "al-Quran bertentangan dgn sains" or "al-Quran tak relevan" !!!! hanya semata2 kerana kejahilan kita sbg org Islam yg tak memahami al-Quran secara detail!

Ni aku lampirkan pendapat from cousin aku, ummak aiiiii!!!! dia cakap KL siott!!!

bagi aku ler kan ... dalam al quran mmg ada menyuruh ibu2 menyusukan anak selama 2 tahun ... tapi takda pula larangan melebihi tempoh 2 tahun tu . tempoh 2 tahun tu cuma dikirakan tempoh utk 'sempurna' maksudnya tak boleh kurang dpd 2 tahun
so aku tak berapa setuju dgn pandangan penceramah tu yg mana dia telah menganggap tempoh 2 tahun tu sebagai had larangan
bagi aku tempoh 2 tahun tu adalah had penyempurnaan penyusuan je tak ada pun larangan melebihi tempoh tu..


hmm.... actually isu ni berbangkit setelah ada seorang penceramah bergelar USTAZAH di Kuantan ni menggesa para peserta kursus brestfeeding tu supaya 'mengikut hukum Islam' iaitu tak boleh menyusu badan lebih dari 2 tahun. Maka ramailah peserta kursus yg 'mengangguk dalam kecewa' dgn kenyataan beliau.

Ada penceramah lain yg cuba beri fakta saintifik, tapi bila si 'Ustazah' ni kata, "kita ikut jer ler, mesti ada hikmahnya naper ALLAH hadkan utk 2 tahun jer"....maka terkedu ler penceramah yg tadi tu...


hayyaaaaaaaaaaaa.....ini maciam pun ala ka....manyak lugi wooo.... hang dah silap, dgn salah tanggapan hang terhadap ayat Quran tu juga hang dah 'silap'kan fakta tu utk org lain..


Maka tak hairanlah orang2 bukan Islam makin lama makin cerdik, makin maju...at da same time kita org2 Islam ni jauh tertinggal di belakang...dek kerana kedangkalan kita dlm memahami isi kandungan al-Quran itu sendiri.

Maka tersangatlah benar, bahawa, Orang2 Islam itu menjadi MUSUH kpd apa yg tidak ia ketahui...


No comments:

Post a Comment