'Berkat' ni dari perkataan Arab 'barakah (البركة )'.. Orang Putih kata, 'BLESSING' ler... iaitu memohon restu dari ALLAH agar dikurniakan kebaikan yg berkembang/berterusan.
Banyak contoh tentang erti mendapat keberkatan hidup. Di antaranya adalah seperti berikut;
a. Diberikan oleh ALLAH harta benda, harta itu menambahkan ketaatan kepada ALLAH s.w.t
b. Diberikan oleh ALLAH isteri & anak-anak, mereka membawa kita lebih bertaqwa kepada ALLAH s.w.t.
c. Dikurniakan oleh Allah Kesihatan yang berterusan dan berpanjangan.
d. Dikurniakan kebahagiaan, keamanan dan keharmonian yang berterusan & berpanjangan.
e. Dihormati dan dikasihi dengan berpanjangan oleh ahli keluarga, guru-guru, kawan-kawan dan jiran tetangga.
f. Jika berhutang, hutang dapat dijelaskan dengan cepat dan tidak membebankan.
g. Segala ujian hidup dapat dihadapi dengan tabah dan kesabaran.
h. Akhir kehidupan dengan Husnul Khatimah iaitu meninggal dunia dalam ketaatan dan ketqwaan kepada ALLAH s.w.t.
hmm... ada satu contoh mudah drp seorang sahabat hamba.. begini bunyinya,
"Duit yg berkat ni lambat nak habis. Kalu mu ada RM100 tp x berkat, mmg cpt jer duit tu abis..ada saja cara utk cpt habis.. Tp kalu mu ada duit RM10 yg berkat dari rezeki yg halal, lambat pulak habis.."
"eh, Dato' XXL tu duit banyak, tp rumahtangganya cerai-berai, anak2 dia plak SPM semua kantoi!!! Kenapa yer??? hmm...rezeki tak berkat ler tu bai...itu pasal kena ambil berat halal haram nie..."
hmm....tiba2 saja fikiran ni menerjah seorang murid kesayangan....Murid tahun 3 di sekolah tempat hamba mengajar....anak bongsu dari 3 beradik... Sangat cerdik... Kakak & abgnyer pun sama...bijak... sedangkan ayahnya hanyalah seorang buruh kasar, ibunya pula seorang Makcik Cleaner kat sekolah menengah.. hamba percaya ada keberkatan dlm rezeki/pendapatan ayah&ibu mereka..
Actually ramai org Islam akhir zaman ni terlepas pandang bab 'berkat' nie.. Begitu juga, bumi tempat kita berpijak sekarang ni pun dah hilang berkatnya...dek kerana penghuni2nya yg 'pro-syaitan'. Sbb tu ramai yg rogol/bunuh/buang anak sendiri. Sangatlah GILA!!!
Semoga ALLAH memberkati seluruh hidup kita.. Dan meletakkan kita ke dalam golongan hamba-hambaNYA yg mensyukuri nikmatNYA.
ameen..
No comments:
Post a Comment