Wednesday, December 12, 2012

COURTS MAMMOTH TIPU

Sales Invoice : Serial No : 274423
Account Number : 849404001170

Hari ni call lagi 1-800-88-1832.. Bercakap dgn Parvita.. katanya, "kalau nak cancel, bukan 7 hari, tapi 3 minggu baru dapat semula duit, sebab Encik bayar guna Debit Card" ...

"Barang Encik saya tengok dah sampai, tapi masih di KL, tak boleh hantar lagi sebab TIADA DRIVER..." heyyy!! macam2 la Courts ni..

Beberapa kali aku ungkapkan "Courts Mammoth penipu!" ... 


Kesimpulannya, jangan tertipu dengan COURTS MAMMOTH... (aku dulu takde orang beritahu pasal ni, tu pasal aku main redah jer)

Beli hutang bermasalah, bayar CASH pun masalah... barang talak sampai.. JANJI DICAPATI!!

Sunday, December 9, 2012

COURTS MAMMOTH MENIPU PEMBELI

COURTS MAMMOTH ... Baru lepas call 1-800-88-1832 bercakap dgn Michelle.. 

katanya barang tak sampai sebab TIADA STOK.. 

aircond, 2 almari & cooler box.. dulu bayar cash, kalau nak cancel, kena gi branch Kuantan.. akan dapat semula duit dalam masa 7 HARI...    

Beli barang dekat 2 bulan tak dapat2.. nak ambil duit balik kena 7 hari pulak.. mmg zalim!

 lain kali better beli dari kedai elektrik & kedai perabot, boleh dapat cepat.. Courts punya besar pun takda stok.. Menipu pembeli kata 3 hari barang sampai.. 


Bukan aku sorang yg terkena.. ramai yg terkena..  kalau ada orang bagitahu pasal penipuan courts ni tak la aku pi beli situ..
kalau google pasal courts, boleh tengok ramai yg dah terkena/tertipu..

Thursday, December 1, 2011

Kuasa Berfikir... Positif atau Negatif??

Jangan ikut 'rentak' suasana sekeliling, jika ia berpotensi menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk..

Melawat orang sakit - Jangan create suasana sedih, muram tak bermaya... Sebaliknya, ceriakan pesakit dgn kata2 semangat, dgn senyuman bertenaga, kerana pesakit boleh 'menyerap' aura sihat dari pelawat.

 tapi jangan buat lawak bodoh, buat kecoh2 sampai mengganggu..

 Waktu merawat orang kesurupan, jangan create suasana takut di kalangan keluarga pesakit... juga jangan create suasana 'kesian' kpd makhluk yg mengganggu... Buatlah kelakar2 sikit (yg tak melampau), wujudkan suasana ceria, yakinkan pesakit & keluarga bahawa makhluk tu sebenarnya tak kuat/lemah..

adakala keadaan menjadi bertambah buruk bilamana kita 'menyokong' dgn fikiran negatif tak bertempat..


"Saya boleh keluarkan jin dari badan kamu, tetapi selepas 2 minit jin itu akan masuk semula disebabkan fikiran negatif (terlalu taksub/takut dgn jin) kamu yg telah membuka semula pintu masuk laluan jin"

Thursday, November 24, 2011

Tentang Seseorang..

Teringat pada seseorang..
Yang aku sayang..
Kasih tak putus..
Lancar bicaranya memecah sunyi..
Tawa riang merencah suasana..
Namun kini dikau tiada..
Pulang ke pangkuan janji Ilahi..
Dalam dakapan cinta sejati..

Maaf..
Aku tak pandai menzahir kata..
Tidak ku tahu mempamer kasih..
Apa yang ada dalam hatiku..
Jadi rahsia aku dan DIA..

Pergimu tidak keseorangan..
Ditemani amal solehmu..
Bekal sempurna yang kau bawa..
Kau istimewa di sisiNYA..

Air mata ku bersembunyi..
Tangisku tak nampak di zahir..
Ku menangis tak siapa tahu..
Ku merintih tak siapa mendengar..
Doaku ke hadrat Ilahi..
Semoga bertemu di alam abadi..


Allaahumma.. Sampaikanlah salam kasihku buatnya di sana.. Demi Allah, sering ku rasa beliau dekat sekali..  walau makin jauh dipintas masa... walau jaraknya tiada ukuran.. 

Ya Allah.. Aku sayang Ibu..




ADA juga jenis manusia yg tak pandai nak zahirkan rasa kasih di depan kita.. 
Tapi dalam diam2, dia doakan kebaikan untuk kita..
tanpa dipaksa,tanpa diminta..
 Kita tak pernah tahu..
Betapa kasihnya dia pada kita, menjadi rahsia di antara dia & Penciptanya..

Thursday, November 10, 2011

Ayat-Ayat Manzil..



Amalkanlah.... Ikhlas kerana AllaaH Ta'aala..





Bangsaku Yang Terjajah...


Murid tak sesuai pakai tali leher



BAGI saya penggunaan tali leher di kalangan murid sekolah sama ada di peringkat rendah mahupun menengah adalah tidak sesuai sama sekali.

Seingat saya pada zaman persekolahan saya dahulu iaitu sekitar 1990-an, kami tidak memakai tali leher di sekolah malah dengan memakai pakaian yang kemas, kami kelihatan cukup segak dan selesa belajar di sekolah tanpa rasa panas.

Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif pula, penggunaan tali leher menyebabkan ruam panas sering tumbuh di sekitar leher.

Bukan setakat masalah panas sahaja, bagi pelajar yang bermasalah disiplin, tali leher sering digunakan sebagai senjata untuk melilit leher rakan ketika bergaduh sesama sendiri. Keadaan ini sering terjadi di sekolah dan ia amat berbahaya.

Sumber:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm


                                                                ..................................................................................................................

Ambo tertarik dengan ayat ni... 

"Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif pula, penggunaan tali leher menyebabkan ruam panas sering tumbuh di sekitar leher."


Aduhai..




Orang kita ni, pelik.... tak sedar diri... negara panas pun nak kena pakai tali leher... ada pulak yg kena pakai baju kot.... Orang putih tak mengapa ler, sebab cuaca di tempat mereka SEJUK... tempat kita, PANASSSS!!! itu pasal hati pun selalu PANASS...


Semua benda nak tiru orang putih... makan pun, bila pakai sudu&garfu/pisau, tangan kanan digunakan untuk pegang pisau, tangan kiri untuk pegang garfu... maka, makanlah Si Melayu dgn tangan kiri menyuap makanan ke mulut..




Perkara yg elok kalau ditiru tak mengapalah...Contohnya, tiru la bab budaya kerja mereka...disiplin mereka, komitmen mereka melaksanakan sesuatu... ini tidak.... yg ditiru hanya bab 'berlagak' supaya nampak bergaya (dan segak??) macam orang putih...


Bab HIDUNG MANCUNG orang putih, pun kalau boleh nak ditirunya... Hey Melayu!! sedar la sikit, awak muka BULAT, sesuai la hidung penyet... cuba bayangkan, kalau muka bulat, tapi hidung mancung, tak ke pelik??? he..he..