Friday, June 18, 2010

PADAN MUKA KO!


Tersebutlah kisah...

Esok ada kenduri, maka Si Husin yg rajin ni pun pergi ler tolong apa yg patut kat umah jirannya. Hmm....Tugas pertama Husin hari tu ialah meramas kelapa (nak buat santan daaa). Dengan gigihnyer, Husin pun buat ler kerja yg diberi tu... Dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya, Husin meramas kelapa.

Tetiba, datang seorang Imam Muda lulusan salah sebuah universiti tertua di dunia. Maka ditegurnya Si Husin yg tgh ramas kelapa tu,


"Hey!! Enta tak boleh guna tangan kiri....Tangan kiri tu tangan SYAITAN!"

hmm... apa lagi, merah padam muka Husin menahan malu...ye lah, manakan tidak, Husin ditegur di tengah2 orang ramai.

Mungkin kerana terlalu malu, Husin pun terus 'blah' dari tempat tu meninggalkan kerjanya yg separuh siap.


.......................................................................................................................................................................

Waktu berlalu, sekarang sudah masuk waktu Zohor... Maka Husin pun pergilah ke masjid utk solat berjemaah. HUH! Dilihatnya, imam muda yg menegurnya pagi tadi ke depan utk jadi imam solat tu.

Sebaik saja imam muda tu nak angkat takbir, cepat2 Husin meluru ke depan.... Dipegangnya tangan kiri imam tu, kata Husin,

"Eh, Imam...mana boleh angkat tangan kiri, ni kan TANGAN SYAITAN!!! Awak angkat tangan kanan je sudah ler..."

perbuatan Si Husin tu secara spontan membuat semua makmum tertawa....kah kah kah...kah kah kah..kah kah kah...

Maka merah padam muka imam muda tu.. terus ia berlalu pergi meninggalkan jemaah. Bila imam tiada, maka Husin pun mengimami solat tu.
................................................................................................................................................................


1) haaaaa.... tu laaa...padan muka!!! Lain kali nak tegur biar bertempat.....Jagalah perasaan org lain... Jangan merasa diri kita lebih mulia/pandai dari org lain.. Sayang sekali, pakaian zahir mu 'Ustaz' tapi batinmu terpalit mazmumah.

2) hmm, tak sangka lulusan luar negara pun masih ada yg berfikiran mcm tu.... kalau tangan kiri dikatakan tangan syaitan, tangan kanan tu tangan siapa??? tangan ALLAH?? ALLAH ada tangan ker??? haaa...jgn buat main... ALLAH beri akal, guna ler...

3) Ingat!!! Jaga maruah org lain...org pun ada perasaan jugak! Sayangilah org lain sebagaimana anda menyayangi diri sendiri....kan kita ni bersaudara..

'aku adalah kau dan kau adalah aku' .... sakit kau, sakit juga aku....ko hepi, aku pun hepi.... kata Rockers zaman 80-an, "WA CAYA SAMA LU, LU CAYA SAMA WA" wakakakkaka!!!



Thursday, June 17, 2010


Kalau memandu di tempat yg sepi, awas....antara taktik perompak ialah, mereka sengaja letakkan objek besar contohnya batang kayu yg besar di tengah jalan... so bila lalu jalan tu, kita takleh lalu...maka kita pun berhenti&keluar dari kenderaan utk alihkan batang besar tu. JANGAN!!!

ketika itulah anda mungkin disamun! Lebih elok anda berpatah balik atau cari jalan lain jika ada.

Ada juga penjenayah yg lebih GILA yg berpura-pura berbaring di tengah jalan....Apabila kenderan diberhentikan, alamat malang tak berbau...Si BANGSAT yg berbaring tadi pun tiba2 bangun menghunus senjata tajam...

Maka, berhati-hatilah ketika memandu.


Zaman sekarang ni macam2....Sebab tu, kekadang bila ada org minta tolong di tengah jalan i.e kereta dia rosak ker susah kita nak percaya... Ada juga kes di mana pemandu kenderaan berhenti dgn niat utk membantu, tiba2 hamba ALLAH berhati mulia tu disamun!


So, be careful ya! Jangan lupa, doa mohon keselamatan sebelum keluar rumah & hidupkan enjin kenderaan tu dgn nama ALLAH.

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.


1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3.
Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

PLS TAKE NOTE OF THIS LATEST INFORMATION!!


You can't clean away smashed eggs on the windscreen with the wiper and sprayed water.
Please take note of this.

If you are driving at night and are attacked with eggs, do not operate the wiper or spray any water.
You can drive with whatever visibility remaining until you reach a safer place.




Because eggs when mixed with water becomes milky and block your vision up to 92.5%.
Then you are forced to stop at the road side and become a victim of robbers.
This is a new technique used by robbers in Johor Bahru.
Please inform your friends and relatives.
Please take this seriously.

Larangan Menyusu Badan???

"Dan para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun
penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya" [Al-Baqarah : 233]

Mungkin ayat di atas menjadi dalil bagi sebahagian dari kita dlm mengatakan HARAM menyusukan anak selepas anak itu mencapai usia 2 tahun. Benarkah demikian???

Kajian sains terkini membuktikan bahawa lebih lama anak anda diberi susu badan, lebih tinggi keyakinan diri anak tersebut. Juga makin kuat antibodi, tinggi IQ dll.. Selain itu, anak anda akan mula berjalan & bercakap lebil awal, mempunyai kemahiran bersosial yg baik, mempunyai pembesaran & rahang gigi yg lebih baik juga lebih sihat & ceria. Bukan saja untuk anak, malah si ibu pun turut dapat manfaatnya.

hmm...berbalik pada topik asal....

"Dan para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun
penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya" [Al-Baqarah : 233]

Dalam ayat ni tak de pun disebut diHARAMkan or diLARANG or diHADkan anak menyusu badan setakat umur 2 tahun jer...acu baco 'molek gak!

Fahamkan betul2.... jangan nanti org kafir kata, "al-Quran bertentangan dgn sains" or "al-Quran tak relevan" !!!! hanya semata2 kerana kejahilan kita sbg org Islam yg tak memahami al-Quran secara detail!

Ni aku lampirkan pendapat from cousin aku, ummak aiiiii!!!! dia cakap KL siott!!!

bagi aku ler kan ... dalam al quran mmg ada menyuruh ibu2 menyusukan anak selama 2 tahun ... tapi takda pula larangan melebihi tempoh 2 tahun tu . tempoh 2 tahun tu cuma dikirakan tempoh utk 'sempurna' maksudnya tak boleh kurang dpd 2 tahun
so aku tak berapa setuju dgn pandangan penceramah tu yg mana dia telah menganggap tempoh 2 tahun tu sebagai had larangan
bagi aku tempoh 2 tahun tu adalah had penyempurnaan penyusuan je tak ada pun larangan melebihi tempoh tu..


hmm.... actually isu ni berbangkit setelah ada seorang penceramah bergelar USTAZAH di Kuantan ni menggesa para peserta kursus brestfeeding tu supaya 'mengikut hukum Islam' iaitu tak boleh menyusu badan lebih dari 2 tahun. Maka ramailah peserta kursus yg 'mengangguk dalam kecewa' dgn kenyataan beliau.

Ada penceramah lain yg cuba beri fakta saintifik, tapi bila si 'Ustazah' ni kata, "kita ikut jer ler, mesti ada hikmahnya naper ALLAH hadkan utk 2 tahun jer"....maka terkedu ler penceramah yg tadi tu...


hayyaaaaaaaaaaaa.....ini maciam pun ala ka....manyak lugi wooo.... hang dah silap, dgn salah tanggapan hang terhadap ayat Quran tu juga hang dah 'silap'kan fakta tu utk org lain..


Maka tak hairanlah orang2 bukan Islam makin lama makin cerdik, makin maju...at da same time kita org2 Islam ni jauh tertinggal di belakang...dek kerana kedangkalan kita dlm memahami isi kandungan al-Quran itu sendiri.

Maka tersangatlah benar, bahawa, Orang2 Islam itu menjadi MUSUH kpd apa yg tidak ia ketahui...


Wednesday, June 16, 2010

Berhati - Hati Memberi Nama 2/9

Asal Nama Sumayyah...


Orang yang syahid buat pertama kalinya adalah seorang perempuan lanjut usia iaitu Sumayyah binti Khabbab, orang Islam pertama yang mati syahid di tangan kafir Quraisy di Mekah untuk mempertahankan agamanya. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, Sumayyah telah gugur syahid. Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.



Soal pemilihan nama anak sebenarnya amat penting kerana ia bakal mempengaruhi watak dan perilaku anak itu sendiri. Sebab tu, perlu berhati-hati dlm memberi nama kpd anak2 kita... Jangan main sedap mulut jer.. Jangan main gabung jer nama ibu&ayah.... Teliti dulu makna nama tersebut.




SuMayyaH..


Tonggeng Terbalik???




"Hang smayang la tonggeng terbalik pun kalau hati tak ikhlas takdak guna hang smayang"


"Smayang tak ingat...tonggeng terbalik.. tapi mengurat bini orang... alim apa mcm nie!!"


"Tuan2 dan Puan2, Rasulullah SAW tu kan dah maksum, takde dosa, tapi pernah tak kita terfikir kenapa baginda tetap juga solat siang malam tonggeng terbalik juga?? kenapa? Sbb nak tunjukkan rasa syukur baginda pada ALLAH......""


"Biarlah kita sembahyang tonggeng terbalik tetapi sekali kita bermain sihir, batallah akidah kita. Nauzubillahh."


"alaa sia2 jer korang semayang tonggeng terbalik pun kalau tak study fail jugak exam korang"



Mungkin yg dikatakan tonggeng terbalik itu ialah perbuatan rukuk dan sujud dalam solat. Saya secara peribadi sgt tidak setuju menyamakan perbuatan2 dlm solat sbg tonggeng terbalik. Solat adalah ibadah, maka setiap perbuatan dalam solat adalah bernilai ibadah dan tak sepatutnya digunakan perkataan yg mengandungi unsur2 persendaan/perli/penghinaan!! Mungkin selama ini kita tidak berniat mempersenda, cuma terlepas pandang...Berhati-hatilah dlm setiap ucapan. Semoga ALLAH mengampuni dosa2 kita.



"Hang smayang la siang-malam pun kalau hati tak ikhlas takdak guna hang smayang"


"Smayang tak ingat...punyalah rajin.. tapi mengurat bini orang... alim apa mcm nie!!"


"Tuan2 dan Puan2, Rasulullah SAW tu kan dah maksum, takde dosa, tapi pernah tak kita terfikir kenapa baginda tetap juga solat siang malam bersungguh-sungguh juga?? kenapa? Sbb nak tunjukkan rasa syukur baginda pada ALLAH......""


"Biarlah kita sembahyang sekerap mana pun tetapi sekali kita bermain sihir, batallah akidah kita. Nauzubillahh."


"alaa sia2 jer korang semayang mintak doa pun kalau tak study fail jugak exam korang"


Haaa...kan ke molek sikit bahasanyer.... mcm tu lah.... tapi ayat yg terakhir tu kena hati2 yer...kerana boleh membawa syirik khafi, syirik tanpa sedar... apa kata ubah skit,

"bagus betul korang semayang mintak doa, tp jgn lupa study tau.....doa, usaha, tawakkal...tak gitu? he..he.."


Berkat???

BERKAT??? hmmm.... berkat tu apa yer???

'Berkat' ni dari perkataan Arab 'barakah (البركة )'.. Orang Putih kata, 'BLESSING' ler... iaitu memohon restu dari ALLAH agar dikurniakan kebaikan yg berkembang/berterusan.



Banyak contoh tentang erti mendapat keberkatan hidup. Di antaranya adalah seperti berikut;

a. Diberikan oleh ALLAH harta benda, harta itu menambahkan ketaatan kepada ALLAH s.w.t

b. Diberikan oleh ALLAH isteri & anak-anak, mereka membawa kita lebih bertaqwa kepada ALLAH s.w.t.

c. Dikurniakan oleh Allah Kesihatan yang berterusan dan berpanjangan.

d. Dikurniakan kebahagiaan, keamanan dan keharmonian yang berterusan & berpanjangan.

e. Dihormati dan dikasihi dengan berpanjangan oleh ahli keluarga, guru-guru, kawan-kawan dan jiran tetangga.

f. Jika berhutang, hutang dapat dijelaskan dengan cepat dan tidak membebankan.

g. Segala ujian hidup dapat dihadapi dengan tabah dan kesabaran.

h. Akhir kehidupan dengan Husnul Khatimah iaitu meninggal dunia dalam ketaatan dan ketqwaan kepada ALLAH s.w.t.




hmm... ada satu contoh mudah drp seorang sahabat hamba.. begini bunyinya,

"Duit yg berkat ni lambat nak habis. Kalu mu ada RM100 tp x berkat, mmg cpt jer duit tu abis..ada saja cara utk cpt habis.. Tp kalu mu ada duit RM10 yg berkat dari rezeki yg halal, lambat pulak habis.."

"eh, Dato' XXL tu duit banyak, tp rumahtangganya cerai-berai, anak2 dia plak SPM semua kantoi!!! Kenapa yer??? hmm...rezeki tak berkat ler tu bai...itu pasal kena ambil berat halal haram nie..."


hmm....tiba2 saja fikiran ni menerjah seorang murid kesayangan....Murid tahun 3 di sekolah tempat hamba mengajar....anak bongsu dari 3 beradik... Sangat cerdik... Kakak & abgnyer pun sama...bijak... sedangkan ayahnya hanyalah seorang buruh kasar, ibunya pula seorang Makcik Cleaner kat sekolah menengah.. hamba percaya ada keberkatan dlm rezeki/pendapatan ayah&ibu mereka..


Actually ramai org Islam akhir zaman ni terlepas pandang bab 'berkat' nie.. Begitu juga, bumi tempat kita berpijak sekarang ni pun dah hilang berkatnya...dek kerana penghuni2nya yg 'pro-syaitan'. Sbb tu ramai yg rogol/bunuh/buang anak sendiri. Sangatlah GILA!!!


Semoga ALLAH memberkati seluruh hidup kita.. Dan meletakkan kita ke dalam golongan hamba-hambaNYA yg mensyukuri nikmatNYA.

ameen..

Happy Birthday, sifu..


Salaamun 'alayk....

Di sini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR KE 40 buat guru tercinta, Abg Saiful Hazmi Bin Hashim..

Beliau telah banyak mendidik saya dan rakan-rakan, mengeluarkan kami dari kegelapan kpd cahaya..

Beliau tidak pernah meminta walau satu sen pun atas segala ilmu yg dicurahkan.. Terima kasih kerana mengajar kami tentang NIAT...IKHLAS... dan PASRAH...

Hanya ALLAH yang dapat membalas segala kebaikanmu...

Tuesday, June 15, 2010


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH..
Yang Telah Mengurniakan aku...
Seorang Insan Bernama..

Sumayyah..

ALLAAHUMMA, jadikanlah aku dari kalangan hamba-hambaMU yang bersyukur..


ALHAMDULILLAH..