Friday, November 4, 2011

Melayu & Islam.. Menurut perspektif Pak Ngah..

salam,terima kasih atas kiriman email....disini juga Pak Ngah ingin kongsikan apa hubungan melayu dengan islam yang WAJIB kita ketahui(tolong sebarkan perkara ini seluas mungkin)...

Umum mengetahui bahwa perkembangan islam diMalaysia adalah tersebar melalui bangsa melayu itu sendiri,maka sudah sewajarnya malah menjadi WAJIB atas kita mempertahan kan melayu itu sendiri kerana sumbangannya keatas penyebaran dan perkembangan islam di tanah melayu..


dalam kaitan kerohanian sesuatu yang melibatkan kemajuan dan perkembangan islam maka sepatutnya ianya dijaga dan disayangi...(kalau ianya melibatkan untuk meletakkan islam itu ditempat yang paling tinggi,maka ianya tidak dikatakan kita memperjuangkan bangsa itu sendiri,lainlah kalau orang hanya memperjuangkan bangsa semata mata tanpa ada kaitan islam didalamnya,maka ini adalah HARAM dan dilarang).

Syaidina Ali karamallah wajhah pernah menyayangi dan menyanjung pedangnya yang bercabang dua,syadina Ali telah menamakan pedangnya itu zulfikar dan Rasulullah saw tidak melarang perkara ini..pedang ini lah yang telah digunakan oleh syidina Ali dalam banyak peperangan menentang kaum musyrikin dan menempa banyak kemenangan dan kejayaan, sehingga kerana terlalu sayang pada pedang ini lah maka beliau telah menamakannya ZULFIKAR kerana mengenangkan jasanya kepada penyebaran islam..maka itu jugalah  Bangsa Melayu itu wajar disayangi dan dipertahankan kerana 'jasa'nya dalam perkembangan islam....


 sekali lagi ditegaskan,memanglah kita bukan memperjuangkan bangsa itu semata mata,tetapi kerana bangsa itu ada kaitan dan hubungan yang kuat atau sangat intim dengan islam maka ianya harus disayangi dan dipertahankan....kita melihat islam itu dahulu barulah melayu itu sendiri,maka inilah yang benar dan tidak bertentangan dengan syariat malah diharuskan sesuai dengan kesah pedang zulfikar kepunyaan syidaina Ali karamallah wajha..kita sorot juga kata kata pnglima hang tuah yang juga seorang yang berpeggang kepada tarekat qodiriyyah "tak kan hilang melayu didunia"...


kenapa beliau berkata begini,tak lain tak bukan kerana  beliau dapat melihat dengan pandangan mata hati yang tajam  bahwa Melayulah yang akan membawa islam ini ke mercu yang paling gemilang..dan sungguh benar kata beliau bila kita dapat merasakannya selepas itu utk beberapa abad mendatang islam dan melayu adalah 2 saudara kembar yang tak dapat dipisahkan..


hanya pada masa kini ada suara suara dr pengkhianat yang juga ada diantaranya yang terdiri daripada cendiakwan islam yang tidak berpeggang pada ajaran tarekat yang cuba mengelirukan kita..


jiwa mereka tidak halus dengan tidak dapat melihat secara batiniah yang berpandukan kepada ajaran tasawuf/tarekat yang halus seperti apa yang ada pada pandangan mata hati syaidina Ali karamallah wajhah juga pendekar hang tuah...wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment