Murid tak sesuai pakai tali leher
BAGI saya penggunaan tali leher di kalangan murid sekolah sama ada di peringkat rendah mahupun menengah adalah tidak sesuai sama sekali.
Seingat saya pada zaman persekolahan saya dahulu iaitu sekitar 1990-an, kami tidak memakai tali leher di sekolah malah dengan memakai pakaian yang kemas, kami kelihatan cukup segak dan selesa belajar di sekolah tanpa rasa panas.
Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif pula, penggunaan tali leher menyebabkan ruam panas sering tumbuh di sekitar leher.
Bukan setakat masalah panas sahaja, bagi pelajar yang bermasalah disiplin, tali leher sering digunakan sebagai senjata untuk melilit leher rakan ketika bergaduh sesama sendiri. Keadaan ini sering terjadi di sekolah dan ia amat berbahaya.
Sumber:http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm
..................................................................................................................
"Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif pula, penggunaan tali leher menyebabkan ruam panas sering tumbuh di sekitar leher."
Aduhai..
Orang kita ni, pelik.... tak sedar diri... negara panas pun nak kena pakai tali leher... ada pulak yg kena pakai baju kot.... Orang putih tak mengapa ler, sebab cuaca di tempat mereka SEJUK... tempat kita, PANASSSS!!! itu pasal hati pun selalu PANASS...
Semua benda nak tiru orang putih... makan pun, bila pakai sudu&garfu/pisau, tangan kanan digunakan untuk pegang pisau, tangan kiri untuk pegang garfu... maka, makanlah Si Melayu dgn tangan kiri menyuap makanan ke mulut..
Perkara yg elok kalau ditiru tak mengapalah...Contohnya, tiru la bab budaya kerja mereka...disiplin mereka, komitmen mereka melaksanakan sesuatu... ini tidak.... yg ditiru hanya bab 'berlagak' supaya nampak bergaya (dan segak??) macam orang putih...
Bab HIDUNG MANCUNG orang putih, pun kalau boleh nak ditirunya... Hey Melayu!! sedar la sikit, awak muka BULAT, sesuai la hidung penyet... cuba bayangkan, kalau muka bulat, tapi hidung mancung, tak ke pelik??? he..he..
No comments:
Post a Comment