Thursday, November 24, 2011

Tentang Seseorang..

Teringat pada seseorang..
Yang aku sayang..
Kasih tak putus..
Lancar bicaranya memecah sunyi..
Tawa riang merencah suasana..
Namun kini dikau tiada..
Pulang ke pangkuan janji Ilahi..
Dalam dakapan cinta sejati..

Maaf..
Aku tak pandai menzahir kata..
Tidak ku tahu mempamer kasih..
Apa yang ada dalam hatiku..
Jadi rahsia aku dan DIA..

Pergimu tidak keseorangan..
Ditemani amal solehmu..
Bekal sempurna yang kau bawa..
Kau istimewa di sisiNYA..

Air mata ku bersembunyi..
Tangisku tak nampak di zahir..
Ku menangis tak siapa tahu..
Ku merintih tak siapa mendengar..
Doaku ke hadrat Ilahi..
Semoga bertemu di alam abadi..


Allaahumma.. Sampaikanlah salam kasihku buatnya di sana.. Demi Allah, sering ku rasa beliau dekat sekali..  walau makin jauh dipintas masa... walau jaraknya tiada ukuran.. 

Ya Allah.. Aku sayang Ibu..




ADA juga jenis manusia yg tak pandai nak zahirkan rasa kasih di depan kita.. 
Tapi dalam diam2, dia doakan kebaikan untuk kita..
tanpa dipaksa,tanpa diminta..
 Kita tak pernah tahu..
Betapa kasihnya dia pada kita, menjadi rahsia di antara dia & Penciptanya..

Thursday, November 10, 2011

Ayat-Ayat Manzil..



Amalkanlah.... Ikhlas kerana AllaaH Ta'aala..





Bangsaku Yang Terjajah...


Murid tak sesuai pakai tali leher



BAGI saya penggunaan tali leher di kalangan murid sekolah sama ada di peringkat rendah mahupun menengah adalah tidak sesuai sama sekali.

Seingat saya pada zaman persekolahan saya dahulu iaitu sekitar 1990-an, kami tidak memakai tali leher di sekolah malah dengan memakai pakaian yang kemas, kami kelihatan cukup segak dan selesa belajar di sekolah tanpa rasa panas.

Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif pula, penggunaan tali leher menyebabkan ruam panas sering tumbuh di sekitar leher.

Bukan setakat masalah panas sahaja, bagi pelajar yang bermasalah disiplin, tali leher sering digunakan sebagai senjata untuk melilit leher rakan ketika bergaduh sesama sendiri. Keadaan ini sering terjadi di sekolah dan ia amat berbahaya.

Sumber:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm


                                                                ..................................................................................................................

Ambo tertarik dengan ayat ni... 

"Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif pula, penggunaan tali leher menyebabkan ruam panas sering tumbuh di sekitar leher."


Aduhai..




Orang kita ni, pelik.... tak sedar diri... negara panas pun nak kena pakai tali leher... ada pulak yg kena pakai baju kot.... Orang putih tak mengapa ler, sebab cuaca di tempat mereka SEJUK... tempat kita, PANASSSS!!! itu pasal hati pun selalu PANASS...


Semua benda nak tiru orang putih... makan pun, bila pakai sudu&garfu/pisau, tangan kanan digunakan untuk pegang pisau, tangan kiri untuk pegang garfu... maka, makanlah Si Melayu dgn tangan kiri menyuap makanan ke mulut..




Perkara yg elok kalau ditiru tak mengapalah...Contohnya, tiru la bab budaya kerja mereka...disiplin mereka, komitmen mereka melaksanakan sesuatu... ini tidak.... yg ditiru hanya bab 'berlagak' supaya nampak bergaya (dan segak??) macam orang putih...


Bab HIDUNG MANCUNG orang putih, pun kalau boleh nak ditirunya... Hey Melayu!! sedar la sikit, awak muka BULAT, sesuai la hidung penyet... cuba bayangkan, kalau muka bulat, tapi hidung mancung, tak ke pelik??? he..he..







Syukur VS Dengki..

Kalau DAPAT...  SYUKUR..



TaPi..



Kalau Tak Dapat, JANGAN DENGKI kat orang yg dapat..

:-)

Mak Bapak Akhir Zaman..

"Mak bapak sekarang.. BANGGA giler bila anak pandai MENYANYI... Tapi langsung tak kisah bila anak tak pandai MENGAJI..,"   kata Teacher Ruzz.... 

Aku senyum tanda setuju... 

Friday, November 4, 2011

Jangan lupa 'sembelih' segala nafsu binatang yg ada dalam diri... Selamat Hari Raya 'Aidul Adha..



                                                   ...........................................................................

Berkorban apa saja.. harta ataupun nyawa.. itulah kasih mesra.. sejati dan mulia..

JANGAN BUNUH KELUARGA DENGAN KEBODOHAN ANDA..



KUNCI pintu selepas anda keluar/masuk RUMAH. JANGAN biarkan pintu terbuka mengundang 'tetamu' tak diundang. Bukan susah pun, just tolak jer pintu tu, lock!


Jangan kerana kelalaian (istilah tepatnya, KEBODOHAN) anda, maka ahli keluarga di dalam rumah menjadi korban.. tangan diikat, muka ditampar, mata ditumbuk, leher dikelar, perut ditendang.... anda suka begitu??

susah sangat ke???? tangan tu dah LEMBIK ke?? nanti AllaaH takdirkan kena STROKE baru tau...

 ‎(pesanan ini kutujukan buat seseorang yg sudah banyak kali 'buat benda yg sama'... entah apa yg ada dlm kepalanya...) heyy!!! maaf terkasar bahasa, namun itu lebih baik drp bahasa 'tangan'..

kena tau apa itu usaha, tawakkal, redho dan bunuh diri/serah diri untuk dibunuh...tak sama... :-)


Keluar pagi subuh, solat subuh di masjid, pintu tak dikunci...    otak udang!

Pegawai Polis Mangsa Samun Tiga Lelaki

KUANTAN – Seorang pegawai polis berpangkat superitendan kerugian sebuah kereta dan wang tunai serta barangan lain selepas disamun tiga lelaki di rumahnya di Beserah di sini semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata, dalam kejadian 6.45 pagi itu suspek yang berumur lingkungan 28 hingga 35 tahun itu telah menceroboh masuk ke rumah mangsa di Taman Mewah Seri Bayu dengan bersenjatakan parang dan besi pencungkil pintu.
“Mangsa, 56, dan isterinya, 53 tahun diacukan dengan parang dan besi kuku kambing dan kemudiannya diikat kaki dan tangan di kepala katil dengan mulut dan mata mereka turut ditutup,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.
Katanya suspek menggeledah rumah mangsa sebelum melarikan sebuah kereta Toyota Harrier serta telefon bimbit, jam tangan dan wang tunai RM1,700.
“Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan RM90,000,” katanya.
Haris berkata mangsa yang merupakan anggota misi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan, baru pulang daripada bercuti pada Jumaat lepas. – BERNAMA

Polis disamun RM90,000

Polis disamun RM90,000

KUANTAN 1 Nov. - Seorang pegawai kanan polis kerugian kira-kira RM90,000 apabila disamun tiga lelaki bersenjatakan parang dan kuku kambing di Taman Mewah Sri Bayu dekat Beserah di sini, semalam.
Dalam kejadian tersebut, mangsa yang berusia 56 tahun turut diikat kaki tangan, mulut dan mata pada katil bersama isterinya berusia 53 tahun.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan dan Perundangan negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud, kejadian berlaku pada pukul 6.45 pagi dan ketika itu hanya mangsa dan isterinya berada di rumah.
Katanya, isteri mangsa yang pada masa itu berada di dapur terkejut melihat seorang suspek sambil memegang kuku kambing berada di dalam rumahnya.

"Suspek menyuruh isteri mangsa diam sebelum dua lagi suspek muncul mengacukan parang ke leher mangsa dan mengarahkan masuk ke bilik.
"Pasangan suami isteri itu kemudian diikat pada katil sebelum suspek menggeledah rumah mangsa," katanya di sini hari ini.

Suspek yang dipercayai berusia lingkungan 28 hingga 36 tahun itu kemudian melarikan diri melalui pintu hadapan.
"Turut dilarikan, kereta Toyota Harrier berwarna coklat dengan nombor pendaftaran JFP 13, tiga telefon bimbit, kad kuasa polis, jam tangan, beberapa dokumen penting dan wang tunai RM1,700," katanya.


                                                                             .........................................................................


Melayu & Islam.. Menurut perspektif Pak Ngah..

salam,terima kasih atas kiriman email....disini juga Pak Ngah ingin kongsikan apa hubungan melayu dengan islam yang WAJIB kita ketahui(tolong sebarkan perkara ini seluas mungkin)...

Umum mengetahui bahwa perkembangan islam diMalaysia adalah tersebar melalui bangsa melayu itu sendiri,maka sudah sewajarnya malah menjadi WAJIB atas kita mempertahan kan melayu itu sendiri kerana sumbangannya keatas penyebaran dan perkembangan islam di tanah melayu..


dalam kaitan kerohanian sesuatu yang melibatkan kemajuan dan perkembangan islam maka sepatutnya ianya dijaga dan disayangi...(kalau ianya melibatkan untuk meletakkan islam itu ditempat yang paling tinggi,maka ianya tidak dikatakan kita memperjuangkan bangsa itu sendiri,lainlah kalau orang hanya memperjuangkan bangsa semata mata tanpa ada kaitan islam didalamnya,maka ini adalah HARAM dan dilarang).

Syaidina Ali karamallah wajhah pernah menyayangi dan menyanjung pedangnya yang bercabang dua,syadina Ali telah menamakan pedangnya itu zulfikar dan Rasulullah saw tidak melarang perkara ini..pedang ini lah yang telah digunakan oleh syidina Ali dalam banyak peperangan menentang kaum musyrikin dan menempa banyak kemenangan dan kejayaan, sehingga kerana terlalu sayang pada pedang ini lah maka beliau telah menamakannya ZULFIKAR kerana mengenangkan jasanya kepada penyebaran islam..maka itu jugalah  Bangsa Melayu itu wajar disayangi dan dipertahankan kerana 'jasa'nya dalam perkembangan islam....


 sekali lagi ditegaskan,memanglah kita bukan memperjuangkan bangsa itu semata mata,tetapi kerana bangsa itu ada kaitan dan hubungan yang kuat atau sangat intim dengan islam maka ianya harus disayangi dan dipertahankan....kita melihat islam itu dahulu barulah melayu itu sendiri,maka inilah yang benar dan tidak bertentangan dengan syariat malah diharuskan sesuai dengan kesah pedang zulfikar kepunyaan syidaina Ali karamallah wajha..kita sorot juga kata kata pnglima hang tuah yang juga seorang yang berpeggang kepada tarekat qodiriyyah "tak kan hilang melayu didunia"...


kenapa beliau berkata begini,tak lain tak bukan kerana  beliau dapat melihat dengan pandangan mata hati yang tajam  bahwa Melayulah yang akan membawa islam ini ke mercu yang paling gemilang..dan sungguh benar kata beliau bila kita dapat merasakannya selepas itu utk beberapa abad mendatang islam dan melayu adalah 2 saudara kembar yang tak dapat dipisahkan..


hanya pada masa kini ada suara suara dr pengkhianat yang juga ada diantaranya yang terdiri daripada cendiakwan islam yang tidak berpeggang pada ajaran tarekat yang cuba mengelirukan kita..


jiwa mereka tidak halus dengan tidak dapat melihat secara batiniah yang berpandukan kepada ajaran tasawuf/tarekat yang halus seperti apa yang ada pada pandangan mata hati syaidina Ali karamallah wajhah juga pendekar hang tuah...wallahu a'lam.

Temuramah dengan Tan Sri Thai Khoo Ching..

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,
Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu.. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.
Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?
Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja
dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.
Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.
Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?
Tan Sri: ............ ......... .......... ........ ........

Hak Asasi???

Kononnya, mereka memperjuangkan HAK ASASI manusia... Namun, istilah HAK ASASI hanyalah 'topeng' untuk menutup identiti sebenar mereka sebagai 'sahabat' IBLIS laknatullah.. Harus dibezakan, di antara hak asasi manusia dengan 'hak asasi' nafsu binatang.. Golongan ini tak pernah putus asa dalam 'perjuangan' mereka kerana IBLIS dan konco-konconya tak pernah jemu menyuntik 'motivasi' menyesatkan orang2 Islam.. Yang batil dianggap haq.. yang haq dilenyapkan hingga semua jadi 'buta' dan 'tuli'..



Yang ada kuasa - "Biarkanlah mereka, kita perlukan UNDI mereka"

Kroni mereka - "Tak apa, yang penting cita-cita kita tercapai"


Wednesday, November 2, 2011

Bayi nyaris maut makan jeli kristal

SITI Aishah Yusof membelai anaknya, Ifti Ilya Farhana yang nyaris maut kerana tertelan bebola jeli kristal di HTTA, Kuantan, semalam.







KUANTAN 2 Nov. - Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan terpaksa menjalani pembedahan selama dua jam semalam, gara-gara tertelan dua biji bebola jeli kristal di rumahnya di sini, pada 26 Oktober lalu.


Dalam kejadian semasa cuti Deepavali, mangsa, Ifti Ilya Farhana Mohd. Khairudin tertelan bebola itu dipercayai diberikan oleh seorang kanak-kanak lain yang menyangka ia adalah gula-gula.


Menurut bapa mangsa, Mohd. Khairudin Harun, 29, kejadian disedari oleh isterinya, Siti Aishah Yusof, 27, yang berada di rumah tetapi menyangka anaknya itu mengunyah gula-gula.


"Namun, selepas diteliti barulah perasan bahawa itu bukan gula-gula, tetapi bebola jeli kristal. Isteri saya sempat mengambilnya, namun dua daripada tiga biji bebola itu telah ditelan anak kami," katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.


Mohd. Khairudin yang mempunyai dua anak berkata, dia menyangka bebola ditelan itu tidak memberi kesan dan akan keluar bersama-sama dengan najis anaknya.
Namun selepas beberapa hari, katanya, Ifti Ilya Farhana mula demam dan muntah-muntah.


"Dia juga tidak mahu makan dan minum. Saya membawanya ke HTAA, Sabtu lalu untuk dirawat.


"Selepas ujian X-ray, doktor mengesahkan tiada apa-apa di dalam perutnya. Bagaimanapun pada malamnya, anak saya tiba-tiba muntah dan turut mengeluarkan sebiji bebola jeli kristal," ujarnya.
Justeru keesokannya, dia terus membawa anaknya ke hospital lalu doktor mengesahkan bahawa bebola itu berada di dalam usus kecil dan perlu dibedah segera.


Katanya, selepas dibedah selama dua jam, doktor memaklumkan keadaan anaknya itu stabil dan akan sembuh dalam masa seminggu.


"Pembedahan itu berjaya mengeluarkan bebola kristal itu yang telah mengembang sehingga sebesar bola ping pong," katanya.


Pada 25 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan larangan penjualan bebola jeli kristal atau dikenali sebagai colour crystal ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu.


Ia selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan pengharaman itu memaklumkan, kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam dalam perut manusia.


Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm

Scan..

Dapat panggilan telefon..


"bro, tolong scan Minah Binti Abu....dia kurus kering, tak de selera makan...check kat hospital ok jer"


- huk aloh, mu suruh aku scan??? aku mana reti...


"tolong la...mintak tolong sangat..."


-ok la, mu wi namo dio...


...............     ...........       ..............   .................         .................       ..................       ..................






                  Scan ni banyak lapisan....banyak tipudaya terutama yg melibatkan makhluk halus.... kekadang masalah sebenarnya A, tapi bila scan, kita ditipu, bahawa masalah sebenarnya ialah B... makhluk halus ni byk helahnya... bukan sedikit yg terperangkap dgn muslihat mereka..


Kata Tok Ayah, yg paling tepat ialah scan melalui MATA HATI.... 


namun sebelum tu, HATI mesti dibersihkan..melalui zikrullah secara dawam/istiqamah...  serta niat yg IKHLAS... 


sebab, kalau niat kita bukan 'kerana AllaaH Ta'aala', maka jin2 akan mengambil kesempatan berdamping dgn kita... maka jadilah mereka khadam kpd kita... 


akhirnya, kita boleh melihat alam ghaib, tapi dgn bantuan KHADAM tadi.. kekadang 'info' yg kita dapat tu betul, tapi bila sampai satu masa tertentu, kita ditipunya, paling parah, bila melibatkan AQIDAH..


So, bersihkanlah HATI... buat segala amalan yg telah diijazahkan..
Bila 'melihat', harus YAKIN..  bahawa hakikatnya bukan kita yg melihat tapi AllaaH yg melihat...  minta AllaaH perlihatkan segala yg haq serta melenyapkan pandangan yg palsu...   


Bila datang haq, maka binasalah yg batil...   untuk binasakan yg batil, kita perlu 'jadi' haq dulu... yg merangkumi segala NIAT, AMAL PERBUATAN, PEGANGAN AQIDAH.... mesti benar2 haq.... bil haq, minal haq wa ilal haq..


Kata Tok Ayah lagi, "Bila orang datang minta tolong, kita kena tolong...sebab, itu hajat dia...jangan sampai dia berkecil hati..tolonglah sekadar yg termampu, serah diri/urusan kpd AllaaH....kita ikhtiar, AllaaH tentukan.."


apapun.... Lihatlah kpd Yang Maha Melihat.. 


Sekian..

saman mat saman..

Tak puas hati... Jumpa di mahkamah... SAMAN!!


Anak di sekolah patah gigi.. SAMAN!!


Cikgu yg salah, sebab cikgu tak jaga anak saya... SAMAN!!


Anak saya tak nakal.. tak jahat... Cikgu yg salah, sebab cuai menjalankan tugas.. SAMAN!!






Hey manusia! Jangan sombong!!
Orang Melayu ni lain sikit... tak dapat cara zahir, buat cara batin..cara ghaib!  Haaa... Balas SAMAN cara GHAIB... dah makan cili baru rasa pedasnya... dah kena nanti baru tau...menyesal tak sudah anak-beranak..




Kesimpulannya, Cikgu kena ada 'isi'... bila 'kosong' senang kena buli... senang dipersalahkan... Mak bapak zaman sekarang, jahat... anak mereka juga jahat, lahir dari titisan air mani IBLIS!!




Cikgu kena ingat... tiada daya upaya makhluk kecuali dgn izinNYA juga... tiada bahaya dan tiada mudarat atas diri kita kalau AllaaH tak izin...  Cikgu kena SABAR... tapi sabar yg 'berisi'... DOA senjata MUKMIN.. Cikgu kena ingat tu....  nak memiliki SENJATA, jadilah MUKMIN...  nanti setiap gerak dan diam Cikgu jadi SENJATA.... Bila kita 'takut' pada AllaaH, nanti semua makhluk akan 'sujud' pada kita... 

PUJIAN BISA MEMBUNUH!!

JANGAN berlebihan memuji makhluk... makhluk boleh rosak kerana pujian & sanjungan, dan... anda tanggung dosanya..




puji pak menteri, puji tok guru, puji boss, puji Guru Besar....semua tu,MAKHLUK belaka... puji mereka supaya kita dapat sesuatu dari mereka, itu sudah SYIRIK.. tanpa anda sedari... tipudaya sgt halusss...




Nak 'jack' kereta, sekadar terangkat tayar kereta sudah la, jangan jack sampai terbalik kereta tu... he..he..




TAPI... boleh juga PUJI... dengan 'hikmah'... contohnya, puji anak, untuk galakan supaya anak tu buat kerja baik... itu tak mengapa... Namun, puji sekadarnya sajalah... 

Hari Lahir - - - Hari Jadi...

Kita tahu tarikh lahir kita ke dunia ni, tapi kita tak pernah tahu bila hari jadi kita... yg pasti, kita dijadikan sudah lama sebelum dilahirkan ke dunia...waktu kita berhadap-hadapan dgnNYA... dan berjanji setia...  alastu birobbikum?? qoolu bala...syahidna!!




yg kita sambut birthday tu, sebenarnya birthday jasad, 'bekas' diri, bukan diri sebenar..






adapun HARI JADI, wajib disambut setiap saat, di setiap turun naik nafas & dlm setiap denyut nadi kita... sambut dgn SYUKUR..
sambut dengan INGATAN yg berkekalan..






tapi, yg sering kita INGAT hanyalah... sesuatu yg pasti binasa dimakan ulat dalam tanah..

Laisa kamithlihi syai un..

Pencipta kereta, tak sama dgn kereta.. Tukang buat rumah, tak sama dgn rumah.. Tukang masak, tak sama dgn masakan, walaupun 'ilmu' memasak tu terzahir pada masakan.... takkan pernah sama..




Yg Mencipta, manakan sama dgn yg dicipta..

Kita..

Kita hanya BAYANG...nampak macam ada, hakikatnya TIADA..




 Laa maujud bihaqqi illalLaaH.. Tiada yang Maujud sebenar-benarnya melainkan AllaaH..

JAGA ADAB!!!

Walaupun sekarang kita sudah ada kereta besar, rumah besar, kerjaya besar, isteri besar (upssss!)... kita masih perlukan ibu bapa kita... ya, benar... kita perlukan RESTU dan DOA dari mereka.. Kalau tidak, tak ada makna lah hidup kita di dunia ini.. 


dan... harus diingat... tak ada guna solat malam sampai hitam dahi... tak ada manfaat zikir berjuta kali bilangan dalam sehari, jika.... JIKA TIDAK BERADAB DENGAN IBU BAPA..


Tak ada makna belajar agama di universiti tersohor.. tiada terpuji memegang jawatan tinggi sebagai Pegawai Agama... jika dengan ibu bapa masih tinggi suara, masih bersangka buruk, masih kurang ajar! 


INGAT!!! Tiada restu/redho ibu bapa, tiadalah redho AllaaH bagimu!!   Engkau DERHAKA! Engkau DERHAKA!! Engkau DERHAKA!!! NERAKA tempatmu!!!!

AllaaH tahu apa yg terbaik untuk kita..

Bila ALLAH dah tentukan sesuatu yg kita tidak suka/bertentangan dgn kemahuan diri kita, janganlah kita mengeluh atau benci dgn takdirNYA...Jaga IMAN... ALLAH Maha Tahu apa yg terbaik buat kita..


kekadang kita membenci sesuatu, padahal itulah yg terbaik buat kita... kekadang, kita mencintai sesuatu, tanpa kita sedari ia bakal memudaratkan kita..


Jagalah setiap tutur kata... fikir dulu sebelum bertindak.. hidup ni sementara saja... kalaupun derita, seketika cuma.... setiap yg bermula pasti akan berakhir... dan biarlah pengakhiran itu dlm rahmat & redha ALLAH, bukan dlm benci & murkaNYA..


Jagalah setiap tutur kata... fikir dulu sebelum bertindak.. hidup ni sementara saja... kalaupun derita, seketika cuma.... setiap yg bermula pasti akan berakhir... dan biarlah pengakhiran itu dlm rahmat & redha ALLAH, bukan dlm benci & murkaNYA..


Berbaik sangka lah dgn ALLAH... Jangan buruk sangka..JANGAN!!! kerana ALLAH tak pernah melupakan kita walau sesaat waktu pun..

Setiap yang dilihat tidak semestinya bermaksud sebagaimana yang dilihat..

JANGAN TERTIPU!!

manusia berfikir mengikut 'acuan' tertentu...

ADA yg bercakap berdasarkan ilmu/fakta yg digali dari sumber2 yg dianggap sahih.. Pun begitu, ada juga yg bercakap berasaskan pengalaman sebenar yg pernah ditempuhi..Namun, tak kurang juga, ada yg bercakap hanya berdalilkan SANGKAAN semata-mata..


Yang berdalilkan PERSEPSI... dia tak terima pandangan org lain yg tak 'sebulu' dgn mereka, walaupun pendapat org lain tu sgt kukuh sandarannya.. Golongan ini memperjuangkan 'kebenaran terpilih' yg hanya menepati 'selera' puak mereka..


yg menyalahi pendapatnya, dilabel SESAT dan terpesong...


ORANG alim berhujah berdasarkan ILMU.. Orang jahil berhujah menggunakan dalil yg 'diadun' bersama persepsi/sangkaan, emosi dan kelompok/kumpulan yg diikuti  mengikut 'citarasa' peribadi..
Hanya ada JALAN SEHALA .... jalan terus...menuju JALAN MATI... Makin bertambah usia kita, makin dekat kita dgn KEMATIAN...


Yang 'dekat' dengan AllaaH akan merasa...nikmatnya MATI... yg MATI hanya JASAD...sedangkan diri sebenar tetap hidup di sisiNYA dgn diberi rezeki yg tak pernah putus..