Aku senyum tanda setuju...
Thursday, November 10, 2011
Mak Bapak Akhir Zaman..
"Mak bapak sekarang.. BANGGA giler bila anak pandai MENYANYI... Tapi langsung tak kisah bila anak tak pandai MENGAJI..," kata Teacher Ruzz....
Friday, November 4, 2011
JANGAN BUNUH KELUARGA DENGAN KEBODOHAN ANDA..
KUNCI pintu selepas anda keluar/masuk RUMAH. JANGAN biarkan pintu terbuka mengundang 'tetamu' tak diundang. Bukan susah pun, just tolak jer pintu tu, lock!
Jangan kerana kelalaian (istilah tepatnya, KEBODOHAN) anda, maka ahli keluarga di dalam rumah menjadi korban.. tangan diikat, muka ditampar, mata ditumbuk, leher dikelar, perut ditendang.... anda suka begitu??
susah sangat ke???? tangan tu dah LEMBIK ke?? nanti AllaaH takdirkan kena STROKE baru tau...
(pesanan ini kutujukan buat seseorang yg sudah banyak kali 'buat benda yg sama'... entah apa yg ada dlm kepalanya...) heyy!!! maaf terkasar bahasa, namun itu lebih baik drp bahasa 'tangan'..
kena tau apa itu usaha, tawakkal, redho dan bunuh diri/serah diri untuk dibunuh...tak sama... :-)
Keluar pagi subuh, solat subuh di masjid, pintu tak dikunci... otak udang!
Pegawai Polis Mangsa Samun Tiga Lelaki
KUANTAN – Seorang pegawai polis berpangkat superitendan kerugian sebuah kereta dan wang tunai serta barangan lain selepas disamun tiga lelaki di rumahnya di Beserah di sini semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata, dalam kejadian 6.45 pagi itu suspek yang berumur lingkungan 28 hingga 35 tahun itu telah menceroboh masuk ke rumah mangsa di Taman Mewah Seri Bayu dengan bersenjatakan parang dan besi pencungkil pintu.
“Mangsa, 56, dan isterinya, 53 tahun diacukan dengan parang dan besi kuku kambing dan kemudiannya diikat kaki dan tangan di kepala katil dengan mulut dan mata mereka turut ditutup,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.
Katanya suspek menggeledah rumah mangsa sebelum melarikan sebuah kereta Toyota Harrier serta telefon bimbit, jam tangan dan wang tunai RM1,700.
“Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan RM90,000,” katanya.
Haris berkata mangsa yang merupakan anggota misi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan, baru pulang daripada bercuti pada Jumaat lepas. – BERNAMA
Polis disamun RM90,000
Polis disamun RM90,000
KUANTAN 1 Nov. - Seorang pegawai kanan polis kerugian kira-kira RM90,000 apabila disamun tiga lelaki bersenjatakan parang dan kuku kambing di Taman Mewah Sri Bayu dekat Beserah di sini, semalam.
Dalam kejadian tersebut, mangsa yang berusia 56 tahun turut diikat kaki tangan, mulut dan mata pada katil bersama isterinya berusia 53 tahun.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan dan Perundangan negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud, kejadian berlaku pada pukul 6.45 pagi dan ketika itu hanya mangsa dan isterinya berada di rumah.
Katanya, isteri mangsa yang pada masa itu berada di dapur terkejut melihat seorang suspek sambil memegang kuku kambing berada di dalam rumahnya.
"Suspek menyuruh isteri mangsa diam sebelum dua lagi suspek muncul mengacukan parang ke leher mangsa dan mengarahkan masuk ke bilik.
"Pasangan suami isteri itu kemudian diikat pada katil sebelum suspek menggeledah rumah mangsa," katanya di sini hari ini.
Suspek yang dipercayai berusia lingkungan 28 hingga 36 tahun itu kemudian melarikan diri melalui pintu hadapan.
"Turut dilarikan, kereta Toyota Harrier berwarna coklat dengan nombor pendaftaran JFP 13, tiga telefon bimbit, kad kuasa polis, jam tangan, beberapa dokumen penting dan wang tunai RM1,700," katanya.
(Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm)
.........................................................................
Melayu & Islam.. Menurut perspektif Pak Ngah..
salam,terima kasih atas kiriman email....disini juga Pak Ngah ingin kongsikan apa hubungan melayu dengan islam yang WAJIB kita ketahui(tolong sebarkan perkara ini seluas mungkin)...
Umum mengetahui bahwa perkembangan islam diMalaysia adalah tersebar melalui bangsa melayu itu sendiri,maka sudah sewajarnya malah menjadi WAJIB atas kita mempertahan kan melayu itu sendiri kerana sumbangannya keatas penyebaran dan perkembangan islam di tanah melayu..
dalam kaitan kerohanian sesuatu yang melibatkan kemajuan dan perkembangan islam maka sepatutnya ianya dijaga dan disayangi...(kalau ianya melibatkan untuk meletakkan islam itu ditempat yang paling tinggi,maka ianya tidak dikatakan kita memperjuangkan bangsa itu sendiri,lainlah kalau orang hanya memperjuangkan bangsa semata mata tanpa ada kaitan islam didalamnya,maka ini adalah HARAM dan dilarang).

Syaidina Ali karamallah wajhah pernah menyayangi dan menyanjung pedangnya yang bercabang dua,syadina Ali telah menamakan pedangnya itu zulfikar dan Rasulullah saw tidak melarang perkara ini..pedang ini lah yang telah digunakan oleh syidina Ali dalam banyak peperangan menentang kaum musyrikin dan menempa banyak kemenangan dan kejayaan, sehingga kerana terlalu sayang pada pedang ini lah maka beliau telah menamakannya ZULFIKAR kerana mengenangkan jasanya kepada penyebaran islam..maka itu jugalah Bangsa Melayu itu wajar disayangi dan dipertahankan kerana 'jasa'nya dalam perkembangan islam....
sekali lagi ditegaskan,memanglah kita bukan memperjuangkan bangsa itu semata mata,tetapi kerana bangsa itu ada kaitan dan hubungan yang kuat atau sangat intim dengan islam maka ianya harus disayangi dan dipertahankan....kita melihat islam itu dahulu barulah melayu itu sendiri,maka inilah yang benar dan tidak bertentangan dengan syariat malah diharuskan sesuai dengan kesah pedang zulfikar kepunyaan syidaina Ali karamallah wajha..kita sorot juga kata kata pnglima hang tuah yang juga seorang yang berpeggang kepada tarekat qodiriyyah "tak kan hilang melayu didunia"...
kenapa beliau berkata begini,tak lain tak bukan kerana beliau dapat melihat dengan pandangan mata hati yang tajam bahwa Melayulah yang akan membawa islam ini ke mercu yang paling gemilang..dan sungguh benar kata beliau bila kita dapat merasakannya selepas itu utk beberapa abad mendatang islam dan melayu adalah 2 saudara kembar yang tak dapat dipisahkan..
hanya pada masa kini ada suara suara dr pengkhianat yang juga ada diantaranya yang terdiri daripada cendiakwan islam yang tidak berpeggang pada ajaran tarekat yang cuba mengelirukan kita..
jiwa mereka tidak halus dengan tidak dapat melihat secara batiniah yang berpandukan kepada ajaran tasawuf/tarekat yang halus seperti apa yang ada pada pandangan mata hati syaidina Ali karamallah wajhah juga pendekar hang tuah...wallahu a'lam.

Temuramah dengan Tan Sri Thai Khoo Ching..
Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,
Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu.. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.
Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?
Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja
dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.
Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.
Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?
Tan Sri: ............ ......... .......... ........ ........
Subscribe to:
Posts (Atom)