Friday, November 4, 2011

Hak Asasi???

Kononnya, mereka memperjuangkan HAK ASASI manusia... Namun, istilah HAK ASASI hanyalah 'topeng' untuk menutup identiti sebenar mereka sebagai 'sahabat' IBLIS laknatullah.. Harus dibezakan, di antara hak asasi manusia dengan 'hak asasi' nafsu binatang.. Golongan ini tak pernah putus asa dalam 'perjuangan' mereka kerana IBLIS dan konco-konconya tak pernah jemu menyuntik 'motivasi' menyesatkan orang2 Islam.. Yang batil dianggap haq.. yang haq dilenyapkan hingga semua jadi 'buta' dan 'tuli'..



Yang ada kuasa - "Biarkanlah mereka, kita perlukan UNDI mereka"

Kroni mereka - "Tak apa, yang penting cita-cita kita tercapai"


Wednesday, November 2, 2011

Bayi nyaris maut makan jeli kristal

SITI Aishah Yusof membelai anaknya, Ifti Ilya Farhana yang nyaris maut kerana tertelan bebola jeli kristal di HTTA, Kuantan, semalam.







KUANTAN 2 Nov. - Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan terpaksa menjalani pembedahan selama dua jam semalam, gara-gara tertelan dua biji bebola jeli kristal di rumahnya di sini, pada 26 Oktober lalu.


Dalam kejadian semasa cuti Deepavali, mangsa, Ifti Ilya Farhana Mohd. Khairudin tertelan bebola itu dipercayai diberikan oleh seorang kanak-kanak lain yang menyangka ia adalah gula-gula.


Menurut bapa mangsa, Mohd. Khairudin Harun, 29, kejadian disedari oleh isterinya, Siti Aishah Yusof, 27, yang berada di rumah tetapi menyangka anaknya itu mengunyah gula-gula.


"Namun, selepas diteliti barulah perasan bahawa itu bukan gula-gula, tetapi bebola jeli kristal. Isteri saya sempat mengambilnya, namun dua daripada tiga biji bebola itu telah ditelan anak kami," katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.


Mohd. Khairudin yang mempunyai dua anak berkata, dia menyangka bebola ditelan itu tidak memberi kesan dan akan keluar bersama-sama dengan najis anaknya.
Namun selepas beberapa hari, katanya, Ifti Ilya Farhana mula demam dan muntah-muntah.


"Dia juga tidak mahu makan dan minum. Saya membawanya ke HTAA, Sabtu lalu untuk dirawat.


"Selepas ujian X-ray, doktor mengesahkan tiada apa-apa di dalam perutnya. Bagaimanapun pada malamnya, anak saya tiba-tiba muntah dan turut mengeluarkan sebiji bebola jeli kristal," ujarnya.
Justeru keesokannya, dia terus membawa anaknya ke hospital lalu doktor mengesahkan bahawa bebola itu berada di dalam usus kecil dan perlu dibedah segera.


Katanya, selepas dibedah selama dua jam, doktor memaklumkan keadaan anaknya itu stabil dan akan sembuh dalam masa seminggu.


"Pembedahan itu berjaya mengeluarkan bebola kristal itu yang telah mengembang sehingga sebesar bola ping pong," katanya.


Pada 25 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan larangan penjualan bebola jeli kristal atau dikenali sebagai colour crystal ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu.


Ia selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan pengharaman itu memaklumkan, kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam dalam perut manusia.


Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm

Scan..

Dapat panggilan telefon..


"bro, tolong scan Minah Binti Abu....dia kurus kering, tak de selera makan...check kat hospital ok jer"


- huk aloh, mu suruh aku scan??? aku mana reti...


"tolong la...mintak tolong sangat..."


-ok la, mu wi namo dio...


...............     ...........       ..............   .................         .................       ..................       ..................






                  Scan ni banyak lapisan....banyak tipudaya terutama yg melibatkan makhluk halus.... kekadang masalah sebenarnya A, tapi bila scan, kita ditipu, bahawa masalah sebenarnya ialah B... makhluk halus ni byk helahnya... bukan sedikit yg terperangkap dgn muslihat mereka..


Kata Tok Ayah, yg paling tepat ialah scan melalui MATA HATI.... 


namun sebelum tu, HATI mesti dibersihkan..melalui zikrullah secara dawam/istiqamah...  serta niat yg IKHLAS... 


sebab, kalau niat kita bukan 'kerana AllaaH Ta'aala', maka jin2 akan mengambil kesempatan berdamping dgn kita... maka jadilah mereka khadam kpd kita... 


akhirnya, kita boleh melihat alam ghaib, tapi dgn bantuan KHADAM tadi.. kekadang 'info' yg kita dapat tu betul, tapi bila sampai satu masa tertentu, kita ditipunya, paling parah, bila melibatkan AQIDAH..


So, bersihkanlah HATI... buat segala amalan yg telah diijazahkan..
Bila 'melihat', harus YAKIN..  bahawa hakikatnya bukan kita yg melihat tapi AllaaH yg melihat...  minta AllaaH perlihatkan segala yg haq serta melenyapkan pandangan yg palsu...   


Bila datang haq, maka binasalah yg batil...   untuk binasakan yg batil, kita perlu 'jadi' haq dulu... yg merangkumi segala NIAT, AMAL PERBUATAN, PEGANGAN AQIDAH.... mesti benar2 haq.... bil haq, minal haq wa ilal haq..


Kata Tok Ayah lagi, "Bila orang datang minta tolong, kita kena tolong...sebab, itu hajat dia...jangan sampai dia berkecil hati..tolonglah sekadar yg termampu, serah diri/urusan kpd AllaaH....kita ikhtiar, AllaaH tentukan.."


apapun.... Lihatlah kpd Yang Maha Melihat.. 


Sekian..

saman mat saman..

Tak puas hati... Jumpa di mahkamah... SAMAN!!


Anak di sekolah patah gigi.. SAMAN!!


Cikgu yg salah, sebab cikgu tak jaga anak saya... SAMAN!!


Anak saya tak nakal.. tak jahat... Cikgu yg salah, sebab cuai menjalankan tugas.. SAMAN!!






Hey manusia! Jangan sombong!!
Orang Melayu ni lain sikit... tak dapat cara zahir, buat cara batin..cara ghaib!  Haaa... Balas SAMAN cara GHAIB... dah makan cili baru rasa pedasnya... dah kena nanti baru tau...menyesal tak sudah anak-beranak..




Kesimpulannya, Cikgu kena ada 'isi'... bila 'kosong' senang kena buli... senang dipersalahkan... Mak bapak zaman sekarang, jahat... anak mereka juga jahat, lahir dari titisan air mani IBLIS!!




Cikgu kena ingat... tiada daya upaya makhluk kecuali dgn izinNYA juga... tiada bahaya dan tiada mudarat atas diri kita kalau AllaaH tak izin...  Cikgu kena SABAR... tapi sabar yg 'berisi'... DOA senjata MUKMIN.. Cikgu kena ingat tu....  nak memiliki SENJATA, jadilah MUKMIN...  nanti setiap gerak dan diam Cikgu jadi SENJATA.... Bila kita 'takut' pada AllaaH, nanti semua makhluk akan 'sujud' pada kita... 

PUJIAN BISA MEMBUNUH!!

JANGAN berlebihan memuji makhluk... makhluk boleh rosak kerana pujian & sanjungan, dan... anda tanggung dosanya..




puji pak menteri, puji tok guru, puji boss, puji Guru Besar....semua tu,MAKHLUK belaka... puji mereka supaya kita dapat sesuatu dari mereka, itu sudah SYIRIK.. tanpa anda sedari... tipudaya sgt halusss...




Nak 'jack' kereta, sekadar terangkat tayar kereta sudah la, jangan jack sampai terbalik kereta tu... he..he..




TAPI... boleh juga PUJI... dengan 'hikmah'... contohnya, puji anak, untuk galakan supaya anak tu buat kerja baik... itu tak mengapa... Namun, puji sekadarnya sajalah... 

Hari Lahir - - - Hari Jadi...

Kita tahu tarikh lahir kita ke dunia ni, tapi kita tak pernah tahu bila hari jadi kita... yg pasti, kita dijadikan sudah lama sebelum dilahirkan ke dunia...waktu kita berhadap-hadapan dgnNYA... dan berjanji setia...  alastu birobbikum?? qoolu bala...syahidna!!




yg kita sambut birthday tu, sebenarnya birthday jasad, 'bekas' diri, bukan diri sebenar..






adapun HARI JADI, wajib disambut setiap saat, di setiap turun naik nafas & dlm setiap denyut nadi kita... sambut dgn SYUKUR..
sambut dengan INGATAN yg berkekalan..






tapi, yg sering kita INGAT hanyalah... sesuatu yg pasti binasa dimakan ulat dalam tanah..

Laisa kamithlihi syai un..

Pencipta kereta, tak sama dgn kereta.. Tukang buat rumah, tak sama dgn rumah.. Tukang masak, tak sama dgn masakan, walaupun 'ilmu' memasak tu terzahir pada masakan.... takkan pernah sama..




Yg Mencipta, manakan sama dgn yg dicipta..